subhanallah...
pagi ini 25 Rejab, bumi dibasahi hujan....hujan yang penuh dengan rahmat.
alhamdulillah....
syukur ku panjatkan kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang menghirup udara pagi di bulan Rejab. kira-kira, lagi tiga hari Rejab akan berlalu, memberi laluan kepada Sya'aban untuk singgah sebelum tibanya Ramadhan yang dinanti-nantikan...entah sempat entah tidak diri ini untuk merasai nikmat Sya'aban dan Ramadhan...
Rejab yang menjenguk dirasakan berlalu begitu sahaja. Alangkah ruginya hari-hari yang dilewati tanpa zikrullah, tanpa amalan sunnah, tanpa puasa sunat...
Ya Allah, Kau ampunilah insan ini...insan ini sentiasa lalai dalam mengingatimu...lalai dengan urusan dunia yang tidak pernah berkesudahan...lalai dalam nikmat dunia yang sementara...Berilah peluang untuk insan ini mengecapi Sya'aban, Ramadhan, dan Syawal yang mendatang dengan ketakwaan dan keimanan di hati...
hamba yang lalai,
a.i
a.i
No comments:
Post a Comment