Friday, June 10, 2011

TERIMA KASIH “IMAN”

salam....

Bismillahirahmanirahim....selawat dan salam keatas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda...

entry kali ni saje je nak berkongsi satu kisah benar tentang nikmat IMAN...moga dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua dalam melayari hidup sebagai hamba dan juga khalifah Allah dimuka bumi ini.

*****************************************************************************************

Tut……tut……

Telefon bimbit aku tiba-tiba bergetar memberi isyarat mesej masuk. Tangan lantas mencapai telefon disisi bagi memastikan siapakah sender. Di skrin telefon terpapar

‘new message from ******-skls’.

Ishhh…dia lagi. Lalu butang open kutekan.

Salam.

Hanya satu ayat yang tertulis. Ape kena dia ni sebenarnya? Hatiku bermonolog. Mesej itu ku biarkan tidak berbalas.

Tiga hari lepas…

Seorang kawan lelaki satu sekolah menghubungi aku. Pada mulanya, aku hairan apa tujuan dia tiba-tiba menelefon sedangkan sebelum ini tidak pernah sekali pun kami berhubung. Bahkan, aku langsung tidak mengingati rupanya walaupun kami dalam satu kelas sewaktu di zaman sekolah dulu. Perasaan silih berganti, untuk menjawab atau membiarkan panggilan tersebut. Akhirnya aku mengalah, panggilan itu kujawab. Secara jujurnya, aku memang tidak mengenali empunya suara dihujung talian itu. Namun, atas dasar kawan, aku teruskan jua perbualan. Perbualan kami lebih kepada bertanya khabar di antara satu sama lain. Tidak lebih daripada itu.

Sehari yang lepas,

Tut….tut….

New message from ******-skls

Salam

Wsalam

Nak Tanya ni

Tanya ape?

Dulu kenapa awk sekolah setahun je kat SKLS?

Saje je

Kenape saje je?

Emmm…dulu sy tinggal ngan nenek setahun je.

Pastu sekolah katne pulak?

……………………………

……………………………………

……………………………………

…………………………………

Mesej kami berlarutan hampir sejam. Banyak soalan yang diaju berkaitan diriku. Aku hanya menjawab apa yang dirasakan perlu, sepatah demi sepatah.

Dalam hati, IMAN sedang melawan nafsu. IMAN cepat bertindak mematahkan nafsu. IMAN seolah-olah mengingatkan “dia tu lelaki, kamu perempuan…pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah HARAM. Muamalat yang tidak penting wajib dihindari. Walaupun kawan sepermainan di waktu sekolah, ingatlah, dia tetap LELAKI yang haram buatmu. Elakkan pergaulan ini. Jagalah dirimu dari dikotori maksiat.”

Hari ini…

IMAN lebih cepat bertindak. Langsung tidak memberi peluang untuk aku membalas mesej yang hanya mengandungi sepatah kata itu tadi.

MasyaALLAH…………..Hebatnya IMAN menjaga diri ini. Tidak pernah memberi ruang kepada nafsu untuk menguasai diri.

Syukur padaMu Ya Allah kerana memberikan nikmat iman buatku…

Terima Kasih “IMAN”

##########################

Ya Allah Ya Tuhanku,

Mantapkanlah iman didadaku,

Suburkanlah iman dihatiku,

Kekalkanlah iman didalam diriku,

Agar hambaMu ini tidak lalai dalam beribadah kepadaMu,

Agar hambaMu ini kuat melawan nafsu dan godaan syaitan yang direjam,

Dan agar hambaMu ini tidak terpesong dari jalan yang lurus, jalan yang Engkau redhai…

Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Ameen Ya Rabbal ‘alamin….

##########################################

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah


tinta qalbi,

adab mujahidah ^_^

No comments: