“ Mak nyah,
bagi aku pensel tu.” Panggil seorang pelajar kepada rakannya yang berperwatakan
agak lembut.
“ Mak
nyah?? Sape mak nyah?” Sedikit terkejut mendengar perkataan itu, aku terus
bersuara.
Lantas
pelajar tadi menundukkan wajah. Sedar akan keterlanjuran katanya tadi.
“ Cepat
bagitahu cikgu, siapa mak nyah?” Dengan sedikit keras, aku menyoal lagi sekali.
“ Errr..
Ilham, cikgu.” Lambat-lambat dia menjawab.
“ Haa..
tahu pun nama dia Ilham. Dah tu kenapa panggil mak nyah? ”
“ Errr..
saje je cikgu. Gelaran.” Tersengih-sengih menjawab.
“ Ooo..
gelaran.. kamu rasa, dia suka tak kamu panggil dia macam tu?”
Senyap.
Kepala tunjuk sambil mata mencuri pandang ke arah rakannya tadi.
“ Ilham,
kamu suka tak kawan-kawan kamu panggil kamu mak nyah?”
“ Tak suka
cikgu.” Laju jawapan keluar daripada mulutnya.
“ Haa..
kamu semua dengar tak? Lepas ni cikgu tak nak dengar lagi dah kamu semua
panggil Ilham dengan gelaran macam tu. Tak elok. Bukan gelaran mak nyah je,
gelaran lain pun sama. Jangan panggil seseorang dengan nama yang dia tak suka. Bla..
bla… bla… “
At last, “
cikgu tegur kamu sebab cikgu sayang kamu semua, bukan kerana cikgu benci. Cikgu
nak semua anak-anak didik cikgu berakhlak mulia, beradab. Jadi orang yang
disukai ramai. Bukan jadi orang yang dibenci.”
The rest is
history.. J
Dalam proses
mendidik dan membentuk pelajar, perlu ada perasaan kasih sayang, bukan kasihan. itu pesan 'abi' mereka. Indeed, daripada kasih sayang itu, lahir rasa tanggungjawab untuk saling tegur-menegur ke
arah kebaikan. Most of the time, guru yang betulkan pelajar. But here, kadang
ada pelajar yang betulkan guru. It’s really happened. Thanks for that.
#masihbelajaruntukmenjadiguruyangterbaik