Monday, August 6, 2012

::ZiARaH RauDhaTus SaKiNaH:: [05 Ogos 2012]

HAMDALAH, setinggi-tinggi syukur kupanjatkan padaMu Ya ALLAH atas segala nikmat yang Engkau kurniakan . nikmat untuk hidup dalam 'biah solehah' atau persekitaran yang baik, sedang masih ramai insan diluar sana yang tidak mengecapinya. mungkin kalau bukan kerana program ini, aku takkan sedar dan takkan pernah nak bersyukur atas nikmat yang satu ini. Allahu Robbi.


05 Ogos 2012: alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala urusan kami untuk berprogram di 'taman ketenangan' a.k.a Raudhatus Sakinah, sg. Buloh. Subhanallah, pertama kali jejakkan kaki ke rumah itu jelas terasa ketenangan nya. rumah yang agak kecil itu memuatkan 30 penghuni atau digelar sebagai pelatih. range umur antara 15-25 tahun. rumahnya kecil ala-ala rumah kampung, tetapi mempunyai laman yang sangat luas dan cantik. siap ade pokok-pokok buah. ^^

mugkin ada yang tak tahu ape itu Raudhatus Sakinah, ok lets me explain. Raudhatus Sakinah ni merupakan rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang terjebak dengan gejala sosial yang serius (cntoh: zina, murtad). di sini mereka dilatih untuk memantapkan akidah serta dididik dalam suasana islamik. Subhanallah, sangat teruja tengok perubahan mereka. sukar untuk katakan yang mereka pernah tersasar. mana tidaknya, mereka dilatih untuk bangun tahajjud setiap hari memohon keampunan dari Allah. Mana mungkin Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengabaikan taubat hambanya yang bersungguh-sungguh memohon dengan linangan air mata. kadang-kadang perasaan cemburu terbit dihati kerana mereka mampu bangun setiap pagi untuk bertahajjud dan itu sudah menjadi rutin mereka sedangkan diri ini sangat liat untuk bangun. Astagfirullah.

Ramadhan kali ini lebih bermakna dengan kunjungan ke RS. banyak ibrah yang kami kutip. especially tentang syukur. bersyukur dengan nikmat yang kita ade. mungkin tahun ni kita dah melalui Ramadhan ke-10, means dah 10 tahun kita merasai nikmat Ramadhan serta nikmat beribadah dibulan Ramadhan. tapi tidak bagi mereka. ada dikalangan mereka yang baru pertama kali merasainya walaupun umur dah menjangkau lewat belasan tahun. at first, agak terkejut bila sorang pelatih ni bagitahu

" Ramadhan tahun ni merupakan pertama kali saya berpuasa."

gulp... terkesima sekejap. then, bila ditanya macam mana perasaan pertama kali berpuasa, katanya

" lapar... ^^ kena paksa diri untuk bertahan"

huhu... bagi kita, perasaan tu kita dah pernah lalui 10 tahun yang lalu. tapi tak semestinya puasa kita lagi baik dari mereka. mungkin puasa mereka yang pertama kali itu lagi disukai dan diterima oleh Allah berbanding puasa kita yang dah ke-10 atau lebih. Allahu a'lam.

12 jam bersama mereka seolah-olah tidak mencukupi. sepanjang disana, kami banyak muhasabah diri. masih banyak yang kami perlu belajar daripada mereka. lebih mengujakan, ada dikalangan mereka apabila keluar dari rumah ini, berjaya membawa usrah serta menjadi penggerak kepada aktiviti dakwah. MasyaAllah, itulah kehebatan Raudhatus Sakinah dalam memulihkan insan-insan yang dahulunya hina disisi masyarakat dan juga agama kepada insan yang mulia. moganya, Raudhatus Sakinah berjaya mencapai misinya iaitu zero RS pada tahun 2020. zero RS maknanya zero gejala sosial. Ameen.


barisan committees dan peserta Ziarah Raudhatus Sakinah.

muhasabah,
::AI::

No comments: