Tuesday, September 6, 2011

Zoom Penang (part 6)


Hari kelima: (19 Julai 2011) Selasa

Sepanjang hari kelima, kami berpeluang melawat ke beberapa tempat di sekitar Pulau Pinang. Tempat-tempat yang kami tuju ialah Dewan Undangan Negeri (DUN), CAP, rumah P.Ramlee dan akhir sekali makan malam di Restoran Tom Yam Poptek, Sungai Ara, Bayan Lepas.

Lawatan kali ini sangat berbeza daripada lawatan-lawatan yang pernah aku sertai sebelumnya. Ini kerana sepanjang perjalanan, kami dijamukan dengan makanan rohani berupa tazkirah daripada pemandu bas itu sendiri iaitu Ustaz Roslan. Memang diakui, selama ini belum pernah aku menaiki bas yang pemandunya memandu sambil memberi tazkirah kepada penumpang. MasyaAllah, betapa besarnya ganjaran buat beliau disisi Allah. Hadis Rasulullah ada menyebut “sampaikanlah walau satu ayat”. Ini jauh lebih baik dari menyajikan lagu-lagu yang entah apa-apa seperti kebanyakan pemandu.

Pengisian daripada beliau amat berguna ditambah pula dengan cara penyampaian yang menarik membuatkan diri berfikir sejenak. Kadang-kadang diselitkan juga dengan lagu nasyid agar tidak bosan. Paling tidak dapat dilupakan saat beliau bercerita tentang perihal akhirat. Tanpa disedari air mataku membasahi pipi. Mujur tika ini tiada yang menyedarinya lebih-lebih lagi teman disisi yang lena dek keletihan. Aku dibuai perasaan sendirian. Hati ini sangat rapuh jika disebut tentang akhirat. Terdetik dihati bagaimanakah keadaan diri yang hina lagi kerdil ini di akhirat kelak. Tidak terbayang di ruang mata. Tidak terfikir di sudut minda. Hanya Yang Maha Kuasa mengetahuinya.

Destinasi pertama kami ialah Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Di sini kami berpeluang memasuki dewan persidangan untuk mendengar taklimat berkenaan pembangunan di Pulau Pinang. Pertama kali berada di dewan persidangan, terasa amat mengujakan.


Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang


dewan persidangan


pas pelawat


jadi wartawan jap...hehe


barisan peserta di tempat duduk wartawan

Selepas makan tengahari di DUN, kami ke masjid negeri untuk solat zohor kemudian bertolak ke Consumer Association of Penang (CAP) dan seterusnya ke Rumah Kelahiran P.Ramlee.


signboard C.A.P


bergambar kat depan bangunan CAP


taklimat


ni plak rumah P. Ramlee


sempat bergambar

Pada malamnya kami makan malam di Restoran Tom Yam Poptek, Sungai Ara, Bayan Lepas.

ni la juadah kami pada malam tu...yummy :)








ni my favourite



Alhamdulillah, setelah selesai menjamu selera, kami bertolak pulang ke Cherok Tokun. Ketika perjalanan pulang, isteri ustaz Roslan pula yang mengambil alih menceritakan pengalaman peribadinya. Tidak ku sangsa isteri beliau adalah seorang muallaf yang berasal dari tanah besar China, datang ke Malaysia demi sekelumit ilmu dan mendapat hidayah di Negara ini. Subhanallah, hidayah Allah tidak mengenal rupa, bangsa dan tempat. Perjalanan hidupnya sebelum dan selepas bergelar Muslim dikongsi bersama. Walaupun agak letih dan mengantuk, namun ku gagahi jua untuk mengetahui kisah hidupnya. Setibanya di Cherok Tokun, kami pulang ke rumah masing-masing.


No comments: