Thursday, December 8, 2011

untuk apa?

ku mulakan tulisan ini dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Alhamdulillah, masih diberi ilham untuk terus menulis.
menulis bukan kerana nama,
tetapi menulis kerana ingin terus menyumbang.
menyumbang bukan untuk siapa-siapa,
tetapi menyumbang untuk Islam.
atas dorongan itulah,
minda terus bekerja mencari idea,
jari-jemari masih mampu mengetuk keyboard.
segala ilmu yang dikutip, ingin sekali dikongsi bersama.
namun, masa sering tidak mengizinkan.
kadang, masa itu sempat kucuri,
agar dapat meluahkan,
agar dapat menyumbang.


juga menulis bukan untuk siapa-siapa,
namun, untuk diri sendiri.
kelak bila nanti tulisan ini diulang baca,
ianya bisa memuhasabahkan diri.
bisa juga mengembalikan memori-memori silam.
kerana storage yang Allah anugerahkan ini, tidak mungkin mampu menyimpan semua memori-memori itu.


disini kulakarkan perjalanan hidup,
agar nanti anak-anak, cucu-cucu tahu, ini kisahku.

kadang, kucoretkan luahan perasaan.
agar orang-orang itu mengerti apa yang kupendam.


tulisan ini, bukan untuk siapa-siapa, bukan untuk apa-apa...





:: a.i ::

No comments: