Wednesday, April 13, 2011

lega yang teramat2 lega....

salam rindu bersalut ukhwah... ^^ alhamdulillah segala puji-pujian ku panjatkan kehadrat illahi kerana dgn izinNya ku masih dpat mghirup udara segar dibumi barakah iium... saat kaki melangkah keluar daripada dewan peperiksaan, hati mula berbunga riang...minda terus memainkan peranan memproses maklumat lalu disampaikan ke lubuk hati...hati kecilku mengucap syukur kerana akhirnya semester pertama sudah berjaya ku lalui...selesai sudah permulaan kembara ilmu ku dibumi yang telah banyak melahirkan ilmuan ini...ku sedar, ini baru permulaan buatku...banyak lagi cabaran yang menanti di hadapan...namun, ku sangat2 bersyukur dengan apa yang telah ku lalui hingga ke saat ini...moga ALLAH mempemudahkan segala-galanya... disaat ini, mungkin sebilangan rakan2 seperjuangan sedang bertarung dimedan 'peperiksaan' ataupun sedang focus dimeja study untuk paper seterusnya...buat kalian, teruskan usaha tanpa ada sedikit pun rasa jemu kerana menuntut ilmu itu adalah tanggungjawab dan amanah kita...sedarlah, kita disini membawa harapan ibu dan ayah serta ahli keluarga yang lain...disaat kalian lelah, ingatlah kejayaan sedang menanti dihadapan...teruskan berusaha sedaya upaya demi mengapai kejayaan...sahabatku, ingatlah bahawa ALLAH tidak melihat kepada keputusan tetapi DIA melihat sejauh mana kita berusaha.... berserahlah hanya pada ALLAH agar nanti kita tidak akan kecewa dengan apa yang akan kita dapat..apapun keputusannya nanti, bersyukurlah kerana itu adalah kehendak ALLAH...andai kegagalan menjengah, usah berputus asa kerana lepas kegagalan pasti ada kejayaan...belajarlah daripada kegagalan kerana itu adalah lebih baik bagi kita...mungkin juga usaha kita belum cukup untuk dibalas dengan kejayaan...oleh itu, gandakan lagi usaha kita.... sahabat2ku fillah, andai kalian beroleh kejayaan, janganlah bermegah, tetapi panjatkanlah setinggi-tinggi syukur pada ZAT YANG MAHA AGUNG kerana sesungguhnya kejayaan itu datang daripadaNYA...ketahuilah, tanpa izinNYA kita pasti xkan berjaya walaupun kita telah berusaha bersungguh-sungguh.... akhir kata, sesungguhnya kalam ini adalah buat renungan diriku sendiri kerana kata2 yang terluah ini lebih dekat dengan telinga yang menyampaikannya....juga lebih cepat meresap ke dalam hati ini... yang baik itu datnag daripada ALLAH, dan yang kurang itu kelemahan diri ku sendiri.... moga ALLAH menganugerahkan hidup yang tenang buat kita hambaNYA....wassalam ^^