Monday, July 16, 2012

Rindu Ramadhan Tika itu ...

salam.

dah lame x update blog...emmm, kekok plak rasanya. :)

hari ni 16 julai 2012. lagi 4 hari nk masuk ramadhan. tiba-tiba rindu. rindu nak sambut ramadhan kat rumah. rindu nak sambut ramadhan kat sekolah. tak lupa jgak rindu nak sambut ramadhan kat A-1-9. :) itu dulu.
ramadhan kali ni sambut kat UIA gombak. first time ramadhan kat sini (walaupun dah stahun lebih duk sini). actually tak sabar nak merasai kemeriahan ramadhan kat taman ilmu dan budi ni. :) seorang sahabat cakap, puasa kat sini 'happening'. well... kita tunggu dan lihat.

**************

rindu.
dalam meniti hari-hari menuju ramadhan, hati tiba-tiba terasa rindu.
rindu nk puasa kat sekolah. bila cikgu xmasuk kelas, masing-masing sibuk habiskan masa dgn mengaji al-quran. berlumba-lumba nak khatam 30 juzuk. berlumba-lumba dalam merebut ganjaran. dan saling memberi semangat antara satu sama lain. tiap pagi, mesti ade soalan menjengah: "hari ni dah juzuk keberapa?"
bila rasa kita kurang drpd orang lain, terus pasang niat 'hari ni kena habiskan jugak sampai juzuk __. xboleh ketinggalan ni'. tiap-tiap hari soalan sebegitulah yg myebabkan diri kuat dan bersemangat dalam mengerjakan ibadah. baik ibadah sunat mahupun wajib. itu fungsi sahabat. sentiasa meniupkan semangat. :)
bila waktu rehat, masing-masing ke masjid. solat dhuha dan sambung lagi mengaji. sungguh. rindu suasana itu. sekarang kat uia. wujudkah suasana sebegitu? agak-agak bagaimana pula ragam warga UIA bila bulan Ramadhan. hmmmmmmmmmm. nantikan.

Ramadhan.......coming soon!  :)

ikhlas,
adab mujahidah :)