Monday, November 28, 2011

angan-angan

jawapan kepada soalan itu,
NO!

ok, then angan-angan itu berkecai.

p/s: salah satu ciri-ciri sekufu syaitan ialah panjang angan-angan.
alhamdulillah, dah terlepas dari menjadi sekufu musuh manusia.
syukur, alhamdulillah. :)

insan hina,
a.i

love IIUM




:: love IIUM ::

-a.i-

Saturday, November 26, 2011

Wahai pemuda!

bismillah,
salam penuh barakah =)

17.11.2011 yang lalu, daurah ke-2 telah berlangsung dengan jayanya.

Alhamdulillah, sekali lagi Allah menggerakkan hati ini untuk sama-sama berada di majlis ilmu bersama-sama sahabat seperjuangan.
Alhamdulillah, Allah juga memudahkan kaki ini untuk melangkah ke sana.
Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat tarbiyyah.
Alhamdulillah, diri ini masih teguh di jalan mujahadah dengan disuburi ukhwah.
dan Alhamdulillah, juga diberi masa untuk berkongsi input buat renungan semua.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillahi Rabbil a'lamin.

dengan sukanya kumulakan tulisan ini dengan seruan Wahai pemuda! (pemuda-bukan hanya lelaki, malah juga merujuk kepada wanita)

wahai pemuda,
sedarkah kalian bahawa kita punya tanggungjawab yang besar?
ya, tanggungjawab kita adalah untuk mengembalikan syariat Islam yang kini kian pupus.
tanggungjawab ini harus dipikul bersama kerana ianya tak akan terlaksana tanpa muafakat.
ayuh kita bersatu kearah itu.

setiap pemuda harus tahu akan

5 tanggungjawab selaku pemuda islam:
1. menerima Islam
2. memahami Islam
3. mengamalkan Islam
4. mendakwahkan Islam
5. memperjuangkan Islam

tugas-tugas pemuda Islam:
#menceritakan hakikat Islam dengan jelas
#menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama
#terus memperjuangkan Islam hingga ke akhir nyawa
#mengajak beramal dengan Islam yang syumul

Kekuatan pemuda Islam:

1. Iman
2. Ukhuwah
3. Fizikal (tubuh badan)

disamping point2 diatas, penyampai juga ade tunjuk video kisah-kisah perjuangan pemuda-pemuda Islam yang femes. yang paling tersentuh hati ialah video tentang as-syahid faris audah. seorang penduduk palestine yang bangkit menentang kekejaman israel namun akhirnya terbunuh. masyaallah, begitu kental jiwanya melawan tentera isreal tanpa sedikit pun ada perasaan takut. diceritakan, beliau sentiasa berada dihadapan berbanding sahabat-sahabatnya yang lain. pasti syurga menanti buat insan ini. dan insan sebeginilah yang patut kita contohi bukannya justin bieber atau mana-mana artis yang menjadi kegilaan pemuda sekarang.
mohonlah pada Allah yang Maha Pemberi agar kita juga dikurniakan jiwa sekental mereka-mereka yang telah melakar sejarah dalam memperjuangkan Islam.

###sesungguhnya pesanan ini ditujukan bukan untuk siapa-siapa tetapi untuk diri sendiri yang sentiasa leka dalam mengejar nikmat dunia sedangkan nikmat akhirat itulah yang kekal.


ingin terus menyumbang untuk Islam,
::a.i::

Khitbah

dear my lovely big bro,
Selamat Bertunang
[20.11.2011]


hantaran
[homemade chocolate by k.na]

*antara banyak-banyak hantaran, yang ni la menjadi my favourite... ;)
sangat2 cumel+cantik+lawa
**da tempah awal2 da ngan k.na tunggu my turn nanti nak yang lagi9x lawa
opsss...lambat lagi yer...
;p

ur lil sis,
::dieb::

Monday, November 7, 2011

Zoom Penang (akhir)


Hari keenam: (20 Julai 2011) Rabu
Sedar tidak sedar sudah enam hari kami berkampung di Cherok Tokun. Hari ini merupakan hari terakhir program Zoom Penang berlangsung. Terasa seolah-olah baru semalam kami tiba disambut meriah oleh warga kampung. Aktiviti pada hari terakhir bermula seawal jam 8 pagi. Kami sekali lagi diberi tanggungjawab untuk menjadi fasilitator bagi program motivasi. Kali ini melibatkan pelajar-pelajar tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Juara dan diadakan di Dewan Orang Ramai Cherok Tokun. Sepanjang program kami berada dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang adik-adik serta seorang atau dua orang fasilitator. Kami sebagai fasilitator diminta untuk membimbing adik-adik untuk menjawab soalan karangan bahasa melayu dan juga karangan bahasa inggeris. Adik-adik kelihatan begitu bersemangat dan seronok dengan kehadiran kami.

Alhamdulillah, kali ini aku berasa lebih yakin berbekalkan pengalaman kali pertama menjadi fasilitator sewaktu di SMATD. Banyak perkara yang dikongsi dengan adik-adik. Semoga apa yang kami curahkan diaplikasikan oleh mereka dan semoga mereka semua berjaya dengan cemerlang. Insyaallah.


LDK


Setelah program motivasi berakhir, kami makan tengahari dan solat di Masjid Kg. Cherok Tokun dan kemudian bertolak pula ke Gereja St. Anne untuk lawatan. Kawasan gereja ini sangat luas dan berbukit. Sambil melawat, kami diberi taklimat panjang lebar tentang sejarah dan aktiviti keagamaan disitu.
melawat...

Dikawasan gereja itu juga terdapat batu bersurat Cherok Tokun.


Selesai lawatan, kami pulang ke rumah masing-masing. Badan agak keletihan namun digagahi jua untuk mengemas barang-barang. Malam nanti kami akan berangkat pulang ke UIAM. Terasa berat hati untuk meninggalkan keluarga baru ini. Sisa-sisa jam terakhir sebelum kami berpisah dihabiskan bersama. Mak sempat membungkus buah rambutan dan manggis untuk kami bawa pulang. Katanya “buah-buah ni nanti makan sama-sama ngan keluarga kat umah naa, dapat rasa sikit sorang pun jadilah”. Ya, terima kasih mak! Terasa sangat terharu.
Pada malamnya, majlis penutup diadakan di Galeri Pahlawan dimana tempat kami disambut ketika tiba di Cherok Tokun enam hari yang lepas. Turut disediakan sedikit jamuan. Pada majlis tersebut, kami anak-anak angkat menyerahkan sedikit cenderahati kepada ibu bapa angkat masing-masing. Sayu rasanya disaat perpisahan tiba. Sayu melihat mak menitiskan air mata melepaskan kami pulang. Namun perpisahan tetap perpisahan. Moga-moga ini bukanlah perpisahan terakhir. Insyaallah jika ada kelapangan kami pasti akan berkunjung lagi ke Cherok Tokun. Tika itu kita pasti akan bertemu lagi. Namun andai pertemuan itu tidak berlaku di dunia ini, moga Allah pertemukan kita di dunia yang hakiki, iaitu akhirat. Amin.

Keluarga angkat yang sangat baik :)

Lambaian selamat tinggal. Mak, Fitrah dan Barirah.


Sepanjang Zoom Penang 2011 berlangsung, banyak perkara baru yang aku pelajari. Perkara yang paling penting ialah nilai ukhwah dan kasih sayang. Perkenalan yang begitu singkat hanya selama enam hari, telah melahirkan rasa sayang terhadap insan-insan yang bukan sedarah sedaging. Nilai ukhwah sesama peserta dan ukhwah dengan keluarga angkat amat berharga. Kerana Zoom Penang kami bertemu, kerana Zoom penang jugalah ukhwah ini akan dibajai. Semoga ikatan ukhwah ini tetap subur.
::Musafir kami, pengikat ukhwah::
Tinta hati: Adibah ibrahim