Wednesday, February 1, 2012

YOQ'12


"assalamualaikum..
apo khabar adik kakok,
kami ado satu crito,
crito pasal mukhayam ini...
....
....
..."

masih segar dalam ingatan, itulah permulaan bait-bait lirik dikir barat ciptaan kami, bidadari-bidadari biru atau nama femesnya huurul azraq. tersenyum sendirian saat teringatkan persembahan pada malam itu. kelakar kot. huhu :) betapa aku merindui mereka. 4 hari 3 malam kami bersama, melakar memori-memori indah. tika itu, terasa begitu cepat masa berlalu. pasti ia mencemburui kami. :)

Huurul Azraq. sayaaaang, cintaaaaa, Rasulullah. Rasulullah3x

itulah cheer kami. (beserta gaya cute ala-ala artis comel korea) :p hehe

kami juga punya panji :)


dan inilah huurul azraq! :)

kami bertemu dan mengikat ukhuwah dalam satu mukhayyam khariji yang dianjurkan oleh IKRAM. julung-julung kalinya diri ini merasai pengalaman yang begitu berharga.


:: Youth Outdoor Quest 2012 ::
~menjunjung sirah, membumi ibrah~
[16-19 jan 2012]

disini kami menyulam kasih. berkongsi suka dan duka. segala penat lelah kami moganya berbayar di negeri abadi kelak. ameen. :)

selari dengan tema iaitu menjunjung sirah, membumi ibrah, maka setiap aktiviti berkisarkan tentang perjuangan kekasih Allah, Muhammad s.a.w. aktiviti-aktiviti tersebut sangat menguji mental dan fizikal. yang pasti, banyak ibrah yang kami dapat.

aktiviti utama YOQ'12 adalah:

1. The Amazing Race KL
2. River Trailing
3. War Game

4. Jungle Tracking
5. Survival Course
6. BBQ and Cultural night
7. Resolusi YOQ'12

ok, semua aktiviti ni (tolak nombor 4 & 6) merupakan pengalaman pertama buat insan yang jahil n kerdil ini. frankly speaking, memang mengujakan. macam tak percaya melalui semua ni. satu perkataan cukup untuk menggambarkannya. seronok! alhamdulillah, syukur kerana diberi peluang untuk merasainya bersama akhawat-akhawat yang osem! :)


**16 Jan 2012**

hari pertama kami bermula dengan The Amazing Race KL (10 hours non-stop mission). gempak bunyinya kan? memang pun gempak. punyalah letih, dari UIA gombak then kami tawaf satu KL, fuhh rasa nak pengsan. huhu. tapi sangat berbaloi. tempat yang kami xpernah jejak, akhirnya sampai juga kat sana by walking. berjalan. sy ulang sekali lagi, b.e.r.j.a.l.a.n. rasa nak tercabut kaki ni. time tu sempat lagi kutuk orang yang buat benda alah ni. astagfirullah. tak baik tak baik. tapi curious la jugak, sape punya idea la ni...ish3



dan yang paling osem, ni bukan sekadar amazing race biasa-biasa, tapi exactly sama ngan kat tv tu. siap bersyarat lagi. syarat dia, kami hanya dibekalkan dengan wang sebanyak 7 ringgit seorang untuk survive sampai ke last check point iaitu di Masjid Amaniah, Batu Cave. so, pandai-pandai la jimat untuk hidup. duit tu untuk tambang transport dan isi perut. kami juga dibekalkan dengan button badge untuk dijual kalau-kalau tak cukup duit nanti. alhamdulillah banyak jugak yang kami dapat jual. :)



semuanya ada tujuh check point dan kami kena selesaikan 6 task. tu tak termasuk side mission lagi. side mission nya ialah kami kena interview 2 orang muslim, 2 non-muslim dan 2 foreigner. tanyakan mereka tentang Rasulullah. macam-macam jawapan yang kami dapat. dan yang paling penting, dapat improve communication skill. :)
side mission yang kedua ialah cari 5 jenis barangan yang kita kena boikot, then tangkap gambar barang-barang tu. pastu cadangkan pengganti kepada barangan tersebut. contohnya McD gantikan dgn KFC, coca-cola gantikan dgn radix cola keluaran HPA dan sebagainya.


klu untuk ke check point seterusnya

emmm, untuk ke setiap check point, kami hanya diberi klu seperti diatas. tidak lebih dari itu. klu tu bukannya senang, banyak kali jugak la kami sesat. dan itu merupakan pengalaman pahit bagi kami. sangat pahit. penat kot jalan je tapi tak jumpa2 tempatnya. dan bukan group kami je yang sesat, group lain pun sama. huhu. adil r kiranya. :p
mission yang paling mencabar ialah kat check point ke-3 iaitu kat masjid india. kami kena tarik perhatian orang awam dengan apa cara sekalipun, then promote kat diorang tentang keperibadian Rasulullah. uhh, bukan senang nak buat ni. ada group yang buat persembahan nasyid kat tepi jalan tu, ada yang berselawat dan macam-macam lagi lah. mereka memang kreatif. tidak dapat dinafikan. group kami pulak decided untuk buat poster. kami tulis besar-besar bagi orang senang nampak. then kat satu kertas ni, kami minta orang awam sign untuk tunjukkan sokongan mereka. fortunately, ramai jugak yang sokong.



kami hanya mampu tersenyum :)



akhawat2 yang osem di sekitar masjid india

ok, dah selesai mission kat cp3, kami move to the next cp, n then next, next and next. untuk sampai ke cp last, banyak lagi cabaran yang kami lalui. kalau nak citer kat sini, tahun depan pun tak kan habis. so, dipendekkan cerita, ibrahnya ialah kami dapat merasai bagaimana susahnya Rasulullah berdakwah. penat yang kami rasa hanya selama 10 jam, tapi baginda selama 23 tahun. namun baginda tidak pernah mengeluh. mulianya hati baginda. (jom selawat buat baginda, Allahummasolli'ala Muhammad.)

pada malamnya kami melepaskan gelombang beta kat masjid amaniah. dek kepenatan yang amat sangat, semua tidur dengan lena. tapi tanggungjawab untuk hirasah (berjaga/mengawal untuk keselamatan) tetap dilaksanakan secara bergilir-gilir. first time dengar dan tahu tentang hirasah. :) semua kena hirasah, ikut waktu masing-masing. kami pun ber'hirasah' jugak. sambil hirasah, sambil berborak, walaupun mata dah merah. huhu. lepas hirasah, sambung tidur sebab pagi esoknya ada qiamullai. :)

**17 Jan 2012**

hari kedua kami bertolak ke Ulu Yam. ber'camping' di The Woods Resorts. first activity kami disana ialah river trailing. kami menelusuri sungai yang airnya sangat jernih dan sejukkk. subhanallah, sungguh indah ciptaan Illahi. then, kami berpeluang mandi air terjun yang lagi sejukkkkk. huhu

malamnya, ada war game. game yang tak pernah terlintas pun di benak kami akan kewujudannya, yang benar-benar menguji mental dan fizikal kami. game ini membawa kami merentasi waktu, kembali ke zaman penghijrahan Rasulullah dan para sahabat. membawa kami menghayati dengan sebenar-benarnya akan perasaan muslimin Mekah tika hijrah bermula. rasa diintip, rasa diburu. semuanya bersatu menhasilkan getaran di dada. sukar digambarkan dengan kata-kata.

situasinya begini, kami para peserta bertindak selaku Muslimin Mekah yang akan berhijrah dari Mekah (tapak perhemahan) ke Madinah (dewan). para committee pula selaku kaum kafir Quraisy yang akan menghalang hijrah kaum muslimin. mereka bukan sahaja menghalang, malah membunuh. kami muslimin mekah harus sampai ke madinah dengan selamat. disepanjang perjalanan, kami juga harus mencari 15 risalah. untuk itu, perancangan yang rapi amat penting. kami transform kepada dua kumpulan, setiap kumpulan ada pengawal (yang kuat fizikalnya sebagai pertahanan) dan pengikut (yang lemah). pengawal bertanggungjawab memastikan keselamatan pengikutnya. then, hijrah bermula. dari Mekah kami berpecah mengikut laluan berbeza untuk ke Madinah. tika inilah debaran bermula. suasana hutan yang gelap manambahkan lagi debaran. setiap langkah kami aturkan dengan berhati-hati. dimana-mana sahaja ada kaum kafir quraisy yang sedang bersembunyi, mengintip, dan bersedia untuk menyerang. kepekaan amat perlu disaat-saat begini. dalam kekalutan menyelamatkan diri, dua kali lutut ini menyembah bumi. Allah Allah Allah . jatuh. bangun balik, sakit. pedih. :( namum kugagahi jua kaki ini untuk tetap berdiri.
hampir sahaja air mata ini tumpah. hati berbisik "terus bertahan, berjuang, jangan menyerah.!" lantas kaki ku ayun sepantas yang mungkin. berlari dan terus berlari hingga akhirnya terselamat. syukur Ya Allah.
sahabat kami, ramai yang syahid. mereka mengorbankan diri untuk menyelamatkan kami. terharu. terima kasih sahabat. ibrahnya, kami dapat menghayati apa yang dilalui oleh Rasulullah dan Muslimin Mekah tika itu. jika dulu hanya mampu membayangkan, kini kami dapat merasainya lantas menghargai pengorbanan Rasulullah dan para sahabat.

**18 Jan 2012**

hari ke-3 pagi-pagi lagi dah ada activiti, iaitu jungle tracking. agak mencabar la jugak sebab lebih kepada hiking. bukit tu punya la tinggi. terasa nak tercabut segala urat sendi. huhu. jalan turun bukit tu pulak berbatu-batu. agak licin dan merbahaya. so kena hati-hati.



sempat merakam kenangan di puncak bukit. wajah tetap ceria walaupun penat + semput :)

lepas jungle tracking ingatkan dah boleh rehat, maklum la penat dowh panjat bukit, redah hutan... tapi rupa-rupanya ada lagi ujian yang lagi mencabar. kami diuji pula dengan survival course yang menguji tahap kesabaran. kami hanya dibekalkan dengan beras, 2 biji telur, 2 biji ubi kentang dan 1 tin ikan sardin.
then kami kena masak semua bahan-bahan tadi untuk lunch. bayangkan, dah la penat-penat buat jungle tracking, pastu kena masak pulak untuk lunch. time tu tersangat la lapar. -_-
apa lagi, bertungkus-lumus lah kami menghidupkan api and then mula memasak nasi. nasib baik ada akhawat huurul azraq yang dah berpengalaman masak dalam hutan. honestly, ni first time aku merasainya. sangat mengujakan. ibrahnya, kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. jangan pernah mengeluh. kita rasa kita susah, tapi banyak lagi insan-insan yang lagi susah dari kita. bersyukur tika suka, bersabar tika susah. :)





nasi mentah + potato ala-ala epal. :) ~tetap bersyukur

walaupun time lunch kami hanya makan ala kadar, syukur alhamdulillah malamnya kami dapat merasai makanan yang enak --> BBQ.



ohh, lupa nak mention. sepanjang YOQ, setiap waktu kami makan dalam dulang. ikut sunnah. hanya disini kami berpeluang mempraktikkan sunnah yang satu ini. nak harapkan makan kat rumah? memang tak la kan. kat mahallah? lagi la tidak. Ya ALLAH, aku sangat merindui saat itu.

lepas makan, berlangsung pula culture night. setiap group kena come out dengan satu persembahan. huurul azraq siap sedia dengan dikir barat. lirik dikir adalah ilham daripada kami sendiri. berkisar tentang YOQ'12.
masing-masing membuat persembahan dengan penuh bersemangat. akhawat2 memang OSEM! tidak ketinggalan persembahan daripada committee. penutupnya, kami nyanyi lagu manis gula sama2 sambil berpegang tangan. so sweet waktu ni. :)


smileeeee.... :) click click.

**19 Jan 2012**

akhirnya hari terakhir tiba jua. waktu untuk kami bersama semakin pendek. perpisahan kian hampir.
acara kemuncak ialah resolusi YOQ'12. setelah bersepakat, resolusi YOQ'12 ialah :

1.
‎ Hadir dan berusaha untuk mengajak rakan2 dalam menghadiri program2 tarbiyyah (ex: Daurah)

2. Istiqamah dalam mengamalkan sunnah2 Rasul SAW
(Selawat, infaq, puasa sunat, solat jama'ah, tadabbur Quran sekurang-kurangnya 1m/s sehari)

3. Meningkatkan pengetahuan tentang sirah (ex: Mustafa Siba'ie, Raheeq Makhtum)

4. Memastikan ukhwah dengan rakan2 (ex: fb, hp, amalan 3S)


moganya, resolusi ini dapat dilaksanakan. :)


amazing akhawat! sayang kalian kerana ALLAH :)

sekian,
coretan pengalaman
~a.i~

AMAZING MOTHER!

dia ibu, dia bapa, dia guru, dia ustazah, dia ketua, dia imamah, dia chef, dia doktor, dia nurse, dia engineer, dia architect, dia accountant, dia pakar ekonomi, dia pengurus, dia pengarah.

dia juga seorang yg sgt2 baik (xpnah tengking2, xpnah mmbebel, xpnah marah), dia cekal, tabah, penyabar. hatinya lembut, bila brbicara smthing yg mnyentuh hati, kelopak matanya pasti bergenang. ada getar pd s
uaranya. terutamanya bila sebut tntg arwah ayh. pastinya dia merindui insan itu. kami juga rindu.

sgt2 kagum dgn dia dan sgt2 nk jd mcm dia. dia ibu yang terbaik buat kami. kami sayang dia sgt2...

ma, we love you... ♥ ♥ ♥
you are......


AN AMAZING MOTHER! :)