Wednesday, August 19, 2015

JANJI


Cikgu, janji dengan saya satu perkara..

Hah, janji? 

Ya, boleh x?

Ermm..Inshaallah.. Apa dia?

Janji dengan saya yang cikgu akan stay sini sampai bila-bila. 

*gulppp..tarik nafas, hembus perlahan-lahan..





Monday, August 17, 2015

Nota Cinta untuk Cikgu.

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hampir dua bulan menabur bakti di Maahad Tahfiz al-Hashimi (MTAH), tup tup dapat nota cinta daripada pelajar. (nasib baik bukan surat cinta ;p)

Suatu petang sebelum pulang, kelihatan dua helai kertas terselit di cermin kereta. satunya diselit pada wiper dan lagi satu dilekapkan pada cermin pintu depan bahagian driver. ;)

Pada kertas pertama tertulis:

"CIKGU KAMI MINTA MAAF"

kertas kedua:

"cikgu saya dan hakim minta maaf kerana mengatakan begitu kepada cikgu.

 saya berkata begitu kerana saya tidak sempat memikirkannya.

 kalau cikgu tidak keluar kami gembira
 kalau cikgu keluar kami sedih

 terima kasih cikgu."

Speechless..

Buka pintu kereta, start enjin, balik.

Esoknya, dapat pula kertas ketiga:

" Cikgu kami minta maaf. Kami minta cikgu A***** mengajar kami semula.

Lagu: Cikgu ampunkanlah kami yang tidak berdosa
          Cikgu maafkanlah yang tidak bermaya

Cikgu jangan keluar kami janji tidak akan buat lagi."


Sama. speechless.. mata masuk habuk. sikit.

;)

#cikgumarahtandasayang
#cikgusayangkamusemua
#anaksolehberjayaduniaakhirat