Saturday, August 11, 2012

catatan untuk awk ^^

salam mahabbah buatmu sahabat... :)

Masuk tahun ni dah lebih 3 tahun kte kawan kan. Masa cpat berlalu tanpa kte sedar. Rase mcam baru je kenal. Dari cfsiium nilai hingga ke iium gombak kte tetap kawan tambah-tambah sebilik. 

Xpnah berpisah.

Kadang kte happy, Kadang kte sedih.

Kadang kte baik, kadang kte gaduh.

Kadang kte sangat rapat, kadang kte rase jauh.

Kadang sy marahkan awak, Kadang awk marahkan sy.

Itu lumrah bersahabat. Lidah pun tergigit dek gigi. Inikan pula dalam persahabatan.

Awk ingat lg x dulu first time kte knal kat klas English. Walaupun masa tu satu bilik kat nilai, tp sy xknal awk. Ble dah knal kat klas, Then baru prasan yg sbenarnya kte sbilik. Klakar kan. Maklum la kat nilai sebilik 20 orang. Mana smpat nk knal smua dlm tempoh semggu yg pertama. Waktu tu masing-masing tgah nak sesuaikan diri kat tempat asing.

Lpas tu baru la kte rapat.

Pg klas same2

makan same2

kluar same2

blaja berdikari same2,

wat keje ‘giler’ same2. J

dan byklah same2.

Paling xleh lupe, ble dah homesick mesti kte akan blk rumah same2. Even weekend pon sggup balik. at least sebulan skali mesti balik. Biar penat asal hati gembira dpt jmpe family. itu antara keje ‘giler’ yg pnah kte wat same2.

Tapi ble masuk gombak kte dah tak selalu bersame. Mungkin sbab klas tak same. Mungkin jgk sbab awk dah ade bff. Tapi sy tak kisah itu semua. Dari dulu sy dah pesan pada hati, jgn berkawan dengan SEORANG tapi berkawanlah dgn RAMAI org. sebab sy tak sanggup mnanggung sedih ble kawan kte yg seorang tu jmpa kawan baru dan rapat dgn kawan baru. Fitrah manusia mesti akan cemburu. Cemburu tandanya sayang. Secara jujur, mmg perasaan tu prnah ade dihati sy sebab sy sayang awk. But then, sy pujuk hati sy untuk ingat balik pesanan tu. Itu hak masing2 untuk berkawan dgn sape yang dia suka. sbab tu sy dah tak kisah. Awk ade ramai kawan, sy pon same.

Satu je sy nk ucap, terima kasih banyak-banyak sbab sudi jd kawan sy dr dulu, kini dan untuk selamanya. J doa sy moga-moga kte ttap bersahabat hingga ke syurga. Allahumma Ameen.

Hari ni 11 ogos 2012, genap umur awk 21 tahun kan. Dah masuk 20-an dah. Sbnarnya nk cakap dah tua dah. Hahaha.

Teringat kata-kata seorang sahabat yg sy kagum (awk pon knal dy ^^), dy kata ble umur kte smakin bertambah sebenarnya umur kte smakin singkat di dunia ni. Maksudnya smakin kte dekat dgn ajal. Allahurabbi… Benar2 membuatkan sy trkesan. Muhasabah diri.

Kte happy ble sambut birthday, tapi hakikatnya kte sedang menghampiri ajal. Bagi org yg beriman, mereka merindui untuk bertemu dgn Pencipta. Moga2 kte seperti mereka, sentiasa bersedia untuk mghadapi ajal. Ameen.

Btw, tujuan asal post ni adalah semata-mata nak wish HAPPY BIRTHDAY special untk awk. Tapi dah terpanjang plak entry ni.huhu. maaf.

dan harapan sy untuk awk:
-semoga awk sentiasa bahagia dalam ape jua keadaan- ^_^


ingat lg x ini kte di suatu msa dulu. >.<

sincerely,
a.i

Monday, August 6, 2012

::ZiARaH RauDhaTus SaKiNaH:: [05 Ogos 2012]

HAMDALAH, setinggi-tinggi syukur kupanjatkan padaMu Ya ALLAH atas segala nikmat yang Engkau kurniakan . nikmat untuk hidup dalam 'biah solehah' atau persekitaran yang baik, sedang masih ramai insan diluar sana yang tidak mengecapinya. mungkin kalau bukan kerana program ini, aku takkan sedar dan takkan pernah nak bersyukur atas nikmat yang satu ini. Allahu Robbi.


05 Ogos 2012: alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala urusan kami untuk berprogram di 'taman ketenangan' a.k.a Raudhatus Sakinah, sg. Buloh. Subhanallah, pertama kali jejakkan kaki ke rumah itu jelas terasa ketenangan nya. rumah yang agak kecil itu memuatkan 30 penghuni atau digelar sebagai pelatih. range umur antara 15-25 tahun. rumahnya kecil ala-ala rumah kampung, tetapi mempunyai laman yang sangat luas dan cantik. siap ade pokok-pokok buah. ^^

mugkin ada yang tak tahu ape itu Raudhatus Sakinah, ok lets me explain. Raudhatus Sakinah ni merupakan rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang terjebak dengan gejala sosial yang serius (cntoh: zina, murtad). di sini mereka dilatih untuk memantapkan akidah serta dididik dalam suasana islamik. Subhanallah, sangat teruja tengok perubahan mereka. sukar untuk katakan yang mereka pernah tersasar. mana tidaknya, mereka dilatih untuk bangun tahajjud setiap hari memohon keampunan dari Allah. Mana mungkin Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengabaikan taubat hambanya yang bersungguh-sungguh memohon dengan linangan air mata. kadang-kadang perasaan cemburu terbit dihati kerana mereka mampu bangun setiap pagi untuk bertahajjud dan itu sudah menjadi rutin mereka sedangkan diri ini sangat liat untuk bangun. Astagfirullah.

Ramadhan kali ini lebih bermakna dengan kunjungan ke RS. banyak ibrah yang kami kutip. especially tentang syukur. bersyukur dengan nikmat yang kita ade. mungkin tahun ni kita dah melalui Ramadhan ke-10, means dah 10 tahun kita merasai nikmat Ramadhan serta nikmat beribadah dibulan Ramadhan. tapi tidak bagi mereka. ada dikalangan mereka yang baru pertama kali merasainya walaupun umur dah menjangkau lewat belasan tahun. at first, agak terkejut bila sorang pelatih ni bagitahu

" Ramadhan tahun ni merupakan pertama kali saya berpuasa."

gulp... terkesima sekejap. then, bila ditanya macam mana perasaan pertama kali berpuasa, katanya

" lapar... ^^ kena paksa diri untuk bertahan"

huhu... bagi kita, perasaan tu kita dah pernah lalui 10 tahun yang lalu. tapi tak semestinya puasa kita lagi baik dari mereka. mungkin puasa mereka yang pertama kali itu lagi disukai dan diterima oleh Allah berbanding puasa kita yang dah ke-10 atau lebih. Allahu a'lam.

12 jam bersama mereka seolah-olah tidak mencukupi. sepanjang disana, kami banyak muhasabah diri. masih banyak yang kami perlu belajar daripada mereka. lebih mengujakan, ada dikalangan mereka apabila keluar dari rumah ini, berjaya membawa usrah serta menjadi penggerak kepada aktiviti dakwah. MasyaAllah, itulah kehebatan Raudhatus Sakinah dalam memulihkan insan-insan yang dahulunya hina disisi masyarakat dan juga agama kepada insan yang mulia. moganya, Raudhatus Sakinah berjaya mencapai misinya iaitu zero RS pada tahun 2020. zero RS maknanya zero gejala sosial. Ameen.


barisan committees dan peserta Ziarah Raudhatus Sakinah.

muhasabah,
::AI::