Friday, October 21, 2011

driving test! ^_^

salam jumaat yang penuh barakah... :)

semalam, tanggal (20.10.2011, khamis) merupakan satu hari diantara hari-hari yang paling menggembirakan dalam hidup a.i. mana tidaknya, harapan dan impian berjaya direalisasikan...
HAMDALAH...
setinggi-tinggi syukur kupanjatkan kehadrat Ilahi atas kurniaan ini. Dialah yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya, Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya dan Dialah yang Maha Kuasa mengurniakan nikmat ini. ALHAMDULILLAH!

setelah sekian lama tertangguh, akhirnya semalam pergi buat test JPJ. sebenarnya amat teruja coz pertama kali buat test, terus LULUS! happy sangat-sangat. turun je kereta, senyuman melebar. rasa cam nak bagitau semua orang yang a.i dah lulus test dan akan dapat lesen P. time tu kat office cikgu dah tunggu nak tau camne keputusan. buka je pintu office, nampak muka cikgu terus dengan soalannya skali :
"camne diba, lulus ke gagal?"
a.i dengan terkejutnya menjawab "tak! ...errrrr, eh lulus".
tergelak dibuatnya dengan surprise cikgu tu. dah la baru habis nervous time tu.haha

anyway, thanks a lot cikgu Samad! :)

lagi satu agak terharu dengan nasihat terakhir cikgu sebelum test.
cikgu datang dekat kete pastu bagi semangat kat a.i. dia kata (lebih kurang camni ayat dia):
"diba, takut ke?"
"takut la cikgu" :(
"jangan takut diba, diba wat leklok ye...jangan kelam kabut, baca doa, selawat, mengucap, tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan. dah lega, bru mula jalan. cikgu tahu diba boleh buat."

lidah dah kelu time tu. dalam hati je jawab 'insyaAllah cikgu.'

cikgu yang selama ni tak pernah slow talk cam tu, tiba2 bagi semangat macam seorang ayah bagi semangat kat anak. dengan penuh harapan. terharu sangat. (tiba2 rindu ayh.dad, i miss u! semoga rohmu dicucuri rahmat) :(

thanks a lot jugak buat ma, yang tak pernah jemu untuk kirimkan doa sebagai bekal untuk anaknya. berkat doa beliau, a.i lulus. :) ma, uhibbuki!

and also for my big bro a.k.a bolen... thanks coz bagi tips! tak sabar nak drive ur car. kete baru kan...siap la... haha

pastu dah settle semua sekali, tak sabar-sabar pulak nak balik uia, nak bagitau kat semua kawan-kawan. hehe :) petang tu sempat lagi pergi kelas fiqh, dengan wajah ceria... walaupun ada kuiz! then, selamba je masuk kelas tanpa betul-betul prepare untuk kuiz. teruk tak? tapi alhamdulillah, dapat jawab dengan tenang. betul atau salah, allahu 'alam. :)

emmm...begitulah berakhirnya hari yang sangat menggembirakan buat a,i. lepas ni kena struggle untuk test motor pulak. then, baru dapat pegang lesen P!
moga-moga Allah mempermudahkan segalanya. ameen!

ni baru lesen L.(nak tunjuk jugak) tak sabar nak dapat P! :)


masih tersenyum,
::a.i::

6 comments:

azim_3110 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
a.i said...
This comment has been removed by the author.
Amatullah said...

Alhamdulillah, tahniah adibah :)

a.i said...

thanks mira! ;)

azim_3110 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
a.i said...
This comment has been removed by the author.