Sunday, August 14, 2011

KAABAH



alhamdulillah, terasa begitu bertuah kerana berpeluang melihat isi kandungan kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam sejak dulu, kini dan selamanya sedangkan berjuta-juta lagi umat Islam diluar sana yang tidak berpeluang melihatnya. persoalan yang bermain di benak sejak sekian lama akhirnya terjawab. subhanallah. masih segar diingatan saat bibir ini mengucup hajar al-aswad 6 tahun yang lalu. tika itu hanya berpeluang melihat dan menyentuh luarannya sahaja, tapi kini video ini mendedahkan dalamannya untuk tatapan kita semua. tapi sayang, segelintir umat Islam masa kini tidak merebut peluang ini, singgah di youtube hanya untuk hiburan semata-mata. ayuh sahabat-sahabatku, luangkan sedikit masa kita untuk hayati video sebegini. mari kita rebut peluang ini. mungkin ini kali pertama dan terakhir kita menatapnya sepanjang hayat kita.

muhasabah,
adab mujahidah

Wednesday, August 10, 2011

Zoom Penang 2011 (part 3)


Hari kedua: (16 Julai 2011) Sabtu
Aktiviti pada hari kedua bermula seawal jam 8 pagi. Kami berkumpul di masjid dan bertolak ke Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah, Kulim, Kedah (SMATD) dengan menaiki van. Saat kaki melangkah masuk ke halaman sekolah, memori-memori silam seolah-olah terbentang di depan mata. Rindunya pada zaman persekolahan yang telah berlalu lebih dua tahun. Kini, dengan gelaran mahasiswa/mahasiswi, kami datang ke sekolah ini bertujuan untuk meniupkan semangat kepada adik-adik pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 supaya menitikberatkan pelajaran untuk berjaya dengan cemerlang. Program motivasi ini diberi nama Inspiration to be Smart.
Pertama kali digandingkan dengan brother dan diberi tanggungjawab sebagai fasilitator untuk latihan dalam kumpulan (LDK), aku benar-benar risau. Mampukah aku? Debaran didada hanya Tuhan yang tahu. Tanpa bekalan berupa pengalaman, aku memaksa diri untuk tampil sebaik mungkin dihadapan adik-adik. Pada mulanya aku berasa sangat kekok dan tidak yakin dengan diri sendiri. Namun, berkat kerjasama dan bantuan daripada partner fasilitator, saudara Ahmad Arsyad, akhirnya aku dapat membiasakan diri. Alhamdulillah, modul berjaya disampaikan walaupun mungkin terdapat kekurangan pada diri ini sebagai penyampainya.

bersama partner fasilitator dan adik-adik dalam LDK


barisan fasilitator

Program motivasi ini berakhir pada pukul 2 petang. Kemudian kami pulang ke rumah masing-masing. Pada sebelah petang, kampung Cherok Tokun digegarkan dengan kehadiran rombongan kami yang berkonvoi mengelilingi kampung dengan motosikal. Bunyi hon yang membingit menambahkan lagi kemeriahan. Aktiviti konvoi merupakan aktiviti yang paling ditunggu-tunggukan. Keseronokan kami sukar untuk digambarkan. Hanya yang merasainya akan mengetahui. Kami berkonvoi hingga ke kedai jeruk Pak Latif serta berpeluang merasai keenakan jeruk buatan Pak Latif. Kemudian kami meneruskan lagi konvoi mengelilingi kampung. Boleh dikatakan sepanjang program berlangsung, aktiviti konvoi memenangi carta teratas bagi kategori aktiviti yang paling menyeronokkan. Takkan dapat diluahkan dengan kata-kata. Gambar-gambar dibawah menceritakan segala-galanya.

sebelum konvoi 







jeruk pak latif
yummy! 
selesai konvoi


Selepas solat magrib, kami bersama-sama pak su dan mak su ke masjid sempena malam nisfu Sya’aban. Alhamdulillah, tahun ini diberi peluang sekali lagi untuk merasai malam nisfu Sya’aban dan menyempurnakan bacaan yasin sebanyak tiga kali. Moga-moga tahun hadapan juga diberi kesempatan. Amin.

tamat hari kedua.

Tuesday, August 9, 2011

Zoom Penang 2011 (part 2)

Hari Pertama: (15 Julai 2011) Jumaat

Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Debaran makin bertambah. Seawal jam 8 pagi seperti yang dijanjikan, kami peserta perempuan dari Mahallah Sumayyah telah siap dengan barang masing-masing. Bas dijangka akan bertolak tepat jam 9 pagi. Namun, disebabkan masalah teknikal, bas tiba agak lewat. Hampir satu jam kami menunggu ditemani hujan rahmat di pagi hari. Cuaca yang dingin mengundang rasa mengantuk. Dek kerana satu matlamat, kami bertahan. Akhirnya bas tiba. Setelah semua barang-barang (beg pakaian, serta barang-barang untuk diagihkan kepada pelajar sekolah) dimuatkan dalam bas, kembara kami pun bermula. Pemergian kami diiringi hujan yang turun membasahi bumi sejak dari pagi. Tidak sabar rasanya untuk tiba di Kampung cherok Tokun. Minda tertanya-tanya apakah ya
ng bakal menanti kami disana. Penang, here we come!

Wajah-wajah ceria sebelum kembara bermula

Selepas mengharungi perjalanan yang panjang selama lebih kurang enam jam, akhirnya Cherok Tokun kami jejaki. Ketibaan kami disambut dengan paluan kompang. Belum pun kami turun dari bas, paluan kompang sudah pun kedengaran. MasyaAllah, begitu meriah sekali sambutan. Saat kaki mencecah bumi, lidah seolah-olah kelu! Perasaan terharu menghimpit. Pertama kali dalam hidup disambut dengan paluan kompang sebegitu rupa. Terasa bangga dengan diri sendiri. Mungkin bagi peserta yang lain, sambutan sebegini adalah perkara biasa. Namun, bagi diri yang cetek pengalaman ini, ia adalah sesuatu yang baru yang pasti tidak akan dilupakan.


Seterusnya kami diarak ke Galeri Pejuang dimana sesi penyerahan anak-anak angkat berlangsung. Disini, kelihatan wajah-wajah ceria penduduk kampung yang menanti ketibaan kami. Masing-masing tertanya-tanya siapakah gerangan yang bakal menjadi anak-anak angkat mereka. Bukan sahaja keluarga angkat, malah kami juga tertanya-tanya.Pertanyaan kami akhirnya terjawab setelah masing-masing diserahkan kapada keluarga angkat. Setiap keluarga diserahkan dua orang peserta beerti dua orang anak angkat untuk satu rumah. Aku bersama-sama dengan Hazimah Hasmudin a.k.a Azie sangat beruntung kerana mendapat ibubapa angkat yang sangat baik. Mereka dikenali oleh orang kampung dengan panggilan Pak su Ismail dan Mak su Jah (Khadijah). Petang itu semua peserta dibawa pulang oleh keluarga angkat masing-masing.
taraa...inilah rumah kami
halaman rumah yang luas

Sesampai sahaja dirumah, aku benar-benar teruja. Subhanallah! Sungguh indah lagi damai hidup disebuah rumah yang dikelilingi rimbunan pohon-pohon yang menghijau. Beginilah suasana desa, rata-rata pokok disekeliling rumah adalah pokok buah-buahan seperti rambutan, cempedak, jambu batu, mangga, kelapa dan lain-lain. Rimbunan daun-daun pokok yang beralun lembut disapa angin petang seolah-olah melambai-lambai menyambut kehadiran kami. Aduhai, permainya hidup didesa.
Mak dan ayah hanya tinggal berdua. Ketujuh-tujuh anak mereka sudah pun mendirikan rumah tangga. Kesemuanya perempuan dan tinggal bersama suami masing-masing. Di usia emas sebegitu, mak dan ayah hanya menghabiskan masa dirumah dengan berkebun dan juga memelihara ayam kampung, itik serta angsa. Tidak hairanlah kesihatan mereka sangat baik, malah kelihatan cergas sepanjang masa.
itik!
ayah sedang berkebun

nanas yang ditanam dihalaman rumah

Dihadapan rumah pula terdapat sebatang anak sungai. Airnya mengalir jernih dari puncak bukit turun ke lembah. Kejernihan airnya menampakkan ikan-ikan kecil yang berenang dengan bebas. Ada ketikanya ikan-ikan ini menjadi buruan cucu-cucu mak dan ayah. Bagi anak-anak kampung, tempat sebegitulah yang menjadi tempat permainan mereka. Sepanjang menetap disana, aku turut berpeluang merasainya walaupun hanya sekali. Kesejukan air bukit tidak dapat kulupakan hingga sekarang.
tenang!
jernih!

ikan!

Pada sebelah malam, majlis perasmian serta penyerahan anak angkat secara rasmi diadakan di Dewan Orang Ramai. Kami juga sempat bergambar bersama ibubapa angkat masing-masing sebagai kenangan.


bergambar kenangan!

berakhir hari pertama...