Wednesday, August 10, 2011

Zoom Penang 2011 (part 3)


Hari kedua: (16 Julai 2011) Sabtu
Aktiviti pada hari kedua bermula seawal jam 8 pagi. Kami berkumpul di masjid dan bertolak ke Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah, Kulim, Kedah (SMATD) dengan menaiki van. Saat kaki melangkah masuk ke halaman sekolah, memori-memori silam seolah-olah terbentang di depan mata. Rindunya pada zaman persekolahan yang telah berlalu lebih dua tahun. Kini, dengan gelaran mahasiswa/mahasiswi, kami datang ke sekolah ini bertujuan untuk meniupkan semangat kepada adik-adik pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 supaya menitikberatkan pelajaran untuk berjaya dengan cemerlang. Program motivasi ini diberi nama Inspiration to be Smart.
Pertama kali digandingkan dengan brother dan diberi tanggungjawab sebagai fasilitator untuk latihan dalam kumpulan (LDK), aku benar-benar risau. Mampukah aku? Debaran didada hanya Tuhan yang tahu. Tanpa bekalan berupa pengalaman, aku memaksa diri untuk tampil sebaik mungkin dihadapan adik-adik. Pada mulanya aku berasa sangat kekok dan tidak yakin dengan diri sendiri. Namun, berkat kerjasama dan bantuan daripada partner fasilitator, saudara Ahmad Arsyad, akhirnya aku dapat membiasakan diri. Alhamdulillah, modul berjaya disampaikan walaupun mungkin terdapat kekurangan pada diri ini sebagai penyampainya.

bersama partner fasilitator dan adik-adik dalam LDK


barisan fasilitator

Program motivasi ini berakhir pada pukul 2 petang. Kemudian kami pulang ke rumah masing-masing. Pada sebelah petang, kampung Cherok Tokun digegarkan dengan kehadiran rombongan kami yang berkonvoi mengelilingi kampung dengan motosikal. Bunyi hon yang membingit menambahkan lagi kemeriahan. Aktiviti konvoi merupakan aktiviti yang paling ditunggu-tunggukan. Keseronokan kami sukar untuk digambarkan. Hanya yang merasainya akan mengetahui. Kami berkonvoi hingga ke kedai jeruk Pak Latif serta berpeluang merasai keenakan jeruk buatan Pak Latif. Kemudian kami meneruskan lagi konvoi mengelilingi kampung. Boleh dikatakan sepanjang program berlangsung, aktiviti konvoi memenangi carta teratas bagi kategori aktiviti yang paling menyeronokkan. Takkan dapat diluahkan dengan kata-kata. Gambar-gambar dibawah menceritakan segala-galanya.

sebelum konvoi 







jeruk pak latif
yummy! 
selesai konvoi


Selepas solat magrib, kami bersama-sama pak su dan mak su ke masjid sempena malam nisfu Sya’aban. Alhamdulillah, tahun ini diberi peluang sekali lagi untuk merasai malam nisfu Sya’aban dan menyempurnakan bacaan yasin sebanyak tiga kali. Moga-moga tahun hadapan juga diberi kesempatan. Amin.

tamat hari kedua.

No comments: