Monday, August 1, 2011

ahlan wasahlan ya Ramadhan al-Kareem!

salam 1 Ramadhan... ;)

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka".




bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w...
syukur alhamdulillah kerana diberi umur yang panjang sehingga bertemu kembali dengan bulan yang mulia, Ramadhan al-Kareem.

kini, 1 Ramadhan menjengah lagi. hadir dengan sejuta rahmat kepada seluruh ummat. di bulan yang mulia ini, kita diberi ganjaran yang berlipat kali ganda. beruntunglah bagi hamba yang mensyukurinya dan rugilah bagi mereka yang mensia-siakannya. sesungguhnya Ramadhan hanya hadir sekali setahun. ayuh! sama-sama kita bangkit merebut peluang ini, jangan sesekali mensia-siakannya. boleh jadi ini adalah Ramadhan terakhir kita...wallahu a'lam.



Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: " Mana orang yang berpuasa?". Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

" Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu" (Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan)

#########################################

azam Ramadhan 1432:

-tadarus al-Quran 30 juzuk
-solat sunat tarawih tiap2 malam
-solat sunat tahajjud sekerap mungkin
-sedekah sebanyak mungkin
-zikrullah sepanjang masa
-bangun awal untk sediakan sahur
-isi masa lapang dgn benda2 yg berfaedah

semoga Allah mempermudahkan....ameen!

jom top up amal!
-adab mujahidah-

3 comments:

azim_3110 said...

ameen...
semoga tercapai.. ^^

sofiyyah said...

yeay diba :) da bole baca.hu2.slmt menjalani ibadah puasa & moge diba dpt capai targte2 tu.insyaAllah org yg berazam & berusaha mencapainya, Allah akan bantu :)

k sofi
^_^

a.i said...

selamat buat akak jgk... ;)
thanks akak coz sudi singgah kat blog yg ntah pape ni...