Tuesday, August 9, 2011

Zoom Penang 2011 (part 2)

Hari Pertama: (15 Julai 2011) Jumaat

Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Debaran makin bertambah. Seawal jam 8 pagi seperti yang dijanjikan, kami peserta perempuan dari Mahallah Sumayyah telah siap dengan barang masing-masing. Bas dijangka akan bertolak tepat jam 9 pagi. Namun, disebabkan masalah teknikal, bas tiba agak lewat. Hampir satu jam kami menunggu ditemani hujan rahmat di pagi hari. Cuaca yang dingin mengundang rasa mengantuk. Dek kerana satu matlamat, kami bertahan. Akhirnya bas tiba. Setelah semua barang-barang (beg pakaian, serta barang-barang untuk diagihkan kepada pelajar sekolah) dimuatkan dalam bas, kembara kami pun bermula. Pemergian kami diiringi hujan yang turun membasahi bumi sejak dari pagi. Tidak sabar rasanya untuk tiba di Kampung cherok Tokun. Minda tertanya-tanya apakah ya
ng bakal menanti kami disana. Penang, here we come!

Wajah-wajah ceria sebelum kembara bermula

Selepas mengharungi perjalanan yang panjang selama lebih kurang enam jam, akhirnya Cherok Tokun kami jejaki. Ketibaan kami disambut dengan paluan kompang. Belum pun kami turun dari bas, paluan kompang sudah pun kedengaran. MasyaAllah, begitu meriah sekali sambutan. Saat kaki mencecah bumi, lidah seolah-olah kelu! Perasaan terharu menghimpit. Pertama kali dalam hidup disambut dengan paluan kompang sebegitu rupa. Terasa bangga dengan diri sendiri. Mungkin bagi peserta yang lain, sambutan sebegini adalah perkara biasa. Namun, bagi diri yang cetek pengalaman ini, ia adalah sesuatu yang baru yang pasti tidak akan dilupakan.


Seterusnya kami diarak ke Galeri Pejuang dimana sesi penyerahan anak-anak angkat berlangsung. Disini, kelihatan wajah-wajah ceria penduduk kampung yang menanti ketibaan kami. Masing-masing tertanya-tanya siapakah gerangan yang bakal menjadi anak-anak angkat mereka. Bukan sahaja keluarga angkat, malah kami juga tertanya-tanya.Pertanyaan kami akhirnya terjawab setelah masing-masing diserahkan kapada keluarga angkat. Setiap keluarga diserahkan dua orang peserta beerti dua orang anak angkat untuk satu rumah. Aku bersama-sama dengan Hazimah Hasmudin a.k.a Azie sangat beruntung kerana mendapat ibubapa angkat yang sangat baik. Mereka dikenali oleh orang kampung dengan panggilan Pak su Ismail dan Mak su Jah (Khadijah). Petang itu semua peserta dibawa pulang oleh keluarga angkat masing-masing.
taraa...inilah rumah kami
halaman rumah yang luas

Sesampai sahaja dirumah, aku benar-benar teruja. Subhanallah! Sungguh indah lagi damai hidup disebuah rumah yang dikelilingi rimbunan pohon-pohon yang menghijau. Beginilah suasana desa, rata-rata pokok disekeliling rumah adalah pokok buah-buahan seperti rambutan, cempedak, jambu batu, mangga, kelapa dan lain-lain. Rimbunan daun-daun pokok yang beralun lembut disapa angin petang seolah-olah melambai-lambai menyambut kehadiran kami. Aduhai, permainya hidup didesa.
Mak dan ayah hanya tinggal berdua. Ketujuh-tujuh anak mereka sudah pun mendirikan rumah tangga. Kesemuanya perempuan dan tinggal bersama suami masing-masing. Di usia emas sebegitu, mak dan ayah hanya menghabiskan masa dirumah dengan berkebun dan juga memelihara ayam kampung, itik serta angsa. Tidak hairanlah kesihatan mereka sangat baik, malah kelihatan cergas sepanjang masa.
itik!
ayah sedang berkebun

nanas yang ditanam dihalaman rumah

Dihadapan rumah pula terdapat sebatang anak sungai. Airnya mengalir jernih dari puncak bukit turun ke lembah. Kejernihan airnya menampakkan ikan-ikan kecil yang berenang dengan bebas. Ada ketikanya ikan-ikan ini menjadi buruan cucu-cucu mak dan ayah. Bagi anak-anak kampung, tempat sebegitulah yang menjadi tempat permainan mereka. Sepanjang menetap disana, aku turut berpeluang merasainya walaupun hanya sekali. Kesejukan air bukit tidak dapat kulupakan hingga sekarang.
tenang!
jernih!

ikan!

Pada sebelah malam, majlis perasmian serta penyerahan anak angkat secara rasmi diadakan di Dewan Orang Ramai. Kami juga sempat bergambar bersama ibubapa angkat masing-masing sebagai kenangan.


bergambar kenangan!

berakhir hari pertama...

4 comments:

azim_3110 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
a.i said...

a'ah...umah ktorang paling jaoh n paling bez...hehe

azim_3110 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
a.i said...
This comment has been removed by the author.