Monday, August 8, 2011

Zoom Penang 2011 (part 1)

Bismillahirahmanirahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Pertama sekali, setinggi-tinggi syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana saat ini masih diberi peluang menghirup udara nyaman di tempat kelahiranku, tanah tumpah darahku. Tempat dimana diri ini dibesarkan. Gembiranya hati saat bertemu kembali keluarga terutama ibu tercinta, hanya Tuhan yang tahu. Kembara selama enam hari ke negeri orang benar-benar membuatkan aku merindui keluarga tersayang. Eratnya pertalian, membuatkan hati rindu.

Tempoh enam hari berkampung di Kampung Cherok Tokun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang meninggalkan 1001 kenangan. Perasaanku saat berada di tempat asing, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Kagum. Seronok. Gembira. Terharu. Sedih. Bahagia. Sayang. Rindu. Masing-masing silih berganti. Yang pasti, aku berjaya mengaut 1001 pengalaman serta menjalin 1001 perkenalan. Moga segala yang dikutip menjadi bekal dalam pengembaraan seterusnya...insyaAllah...

Tanggal 15 hingga 20 Julai yang lepas, kami warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan program khidmat masyarakat/bakti siswa yang diberi nama ZOOM Penang 2011. Seramai 22 mahasiswa dan 22 mahasiswi masing-masing mewakili Mahallah As-Siddiq dan Mahallah Sumayyah telah sama-sama membanting tulang menjayakan program ini. Alhamdulillah, ianya berlangsung dengan jaya.

Pertama kali mengikuti program sebegini, hati berasa bimbang. Diri tertanya-tanya. Mampukah aku memikul tanggungjawab ini? Layakkah diri ini bekerja bersama mereka, yang sememangnya sudah berpengalaman? Sedangkan aku tidak punya apa-apa pengalaman untuk dibanggakan. Diri ini hanya berbekalkan semangat serta azam yang kuat untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup. Semangat untuk melihat dunia luar, serta semangat untuk mengaut sebanyak mungkin pengalaman. Semangat itulah yang mendorong aku. Jika tidak, diri ini pasti masih di takuk lama.

Sebelum program ini berlangsung, induksi telah diadakan selama dua hari bertempat di MPH Mahallah Sumayyah. Kami berkumpul bagi menyelesaikan saki baki kerja sebelum bertolak ke Penang. Di samping bekerja, ada juga diselitkan games bertujuan merapatkan lagi jurang antara peserta selain mengurangkan stress. Alhamdulillah, dengan games ini, sedikit sebanyak aku dapat kenal dan bertegur sapa dengan peserta yang lain. Secara jujur aku mengaku aku agak pendiam dan susah untuk berkenalan dengan orang lain. Tapi dengan adanya games sebegini, ianya amat-amat membantu. Credit to head pc for the games. Pertama kali main games ni, terutama game ‘sub antisub’ sangat-sangat seronok! Memang kelakar!.


4 comments:

azim_3110 said...

ermmm...merasakan diri tidak punya pengalaman untuk dibanggakan...
sebenarnya bukan dieba sorg, ramai lagi yg baru 1st time join program..
antaranya sy sendiri la..slama 2 tahun kat UIA, baru kali pertama join program...walopun muka nampak dah tua dan seperti org yg dah byk pengalaman~bak kata busyra, tp sebenarnya 0...join pun pada asalnya sebab nak 'lari' sekejap dari tekanan berada di rumah.. ^^

a.i said...
This comment has been removed by the author.
azim_3110 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
a.i said...

totally agree..